Selamat Datang Ke Laman Blog Kelab Sukan Dan Rekreasi PKD Manjung.

INFO SEMASA

  • Perhimpunan Pagi Bulanan pada setiap hari Jumaat minggu pertama dalam bulan berkenaan - Pembantu Tadbir Pengurusan
  • Ceramah Agama pada setiap hari Jumaat minggu pertama dalam bulan berkenaan - di Dewan Sutra Permai (AJK BAKIS).
  • Cadangan Membina Surau BAKIS Fasa 2 - Buka 200 Lot Sahaja setiap satu berharga RM50, Jika Berminat Boleh Hubungi AJK BAKIS Di Pejabat Kesihatan Daerah Manjung (05-6913355)

Perkongsian Dari Dr. Sheith Untuk Tindakan Warga Manjung.

Ayer Tawar Manjung sekarang ini dilanda wabak demam denggi. Sejak bulan december tahun lepas sampai sekarang tak habis-habis lagi hari-hari ada new case😥😞. Dengar cerita Hospital Manjung wad penuh dgn kes Denggi sampai extension bed. Sepatutnya wabak dah tamat tapi sebab sikap sesetengah penduduk setempat yang tak jaga kebersihan punca denggi tak habis-habis.

Sampai sekarang aku fobia kalau tgk patient yg datang dengan demam ni. Ada haritu patient ni baru hari pertama demam, mmg semua symptom fasa pertama tu ada, tapi WARNING SIGN satu pun xdak. Tp nadi dia laju gila 140. BP normal lagi. Bila check darah mmg positive denggi, tapi platelet tinggi lagi dekat 300. Ada lg la yg lain2 tu semua normal. Dilemma sgt masa tu. Nadi dia laju pun boleh jadi sbb dia tgh demam panas 39.5 degree celcius. tapi atas nasihat kakak2 MO yg senior, aku pun refer lah hehe. Tapi bila sampai hospital, BP dia terus drop kaw2, beberapa hari lepas tu platelet semakin turun sampai jadi KOSONG 😱😱. Sekejap sangat deteriorate. Takotnyaa. Kalau lah aku tak refer patient tu mesti dah mati kat rumah 😐.

Basically fasa denggi yg normal ni ada 3 fasa.

Fasa pertama:
-demam suhu tinggi sampai menggigil2,
-sakit kepala,
-sakit sensi n otot2,
-sakit belakang mata,
-hilang selera makan. Selalunya fasa pertama ni berlaku dalam 2-3 hari.

Fasa kedua: fasa ni paling bahaya. Masa ni demam dah surut , tapi tanda2 "warning sign" boleh berlaku masa fasa kedua. Kalau ada tanda2 ni, CEPAT PEGI HOSPITAL 😰. Tanda amaran ni bermaksud klu tak dapatkan rawatan, keadaan akan jadi lebih teruk sampai boleh jd dengue berdarah n MATI 😱

WARNING SIGNS:
-muntah
-cirit birit
-sakit perut
-letih
-gusi berdarah
-sesak nafas

Fasa ketiga : fasa recovery. Masa ni badan dah kembali sihat kalau dapat rawatan n minum cukup air. Selera makan jd normal balik, ada tenaga n kembali happy 😊

Tapi rasanya nyamuk Aedes skang pun dah mutant kot. Demam baru sehari pun dah boleh terus jd kritikal macam patient ak tu. Takotttt 😰😰

Apa yg penting skang ni kita nak cegah denggi. Kalau semua orang jaga kebersihan n pastikan semua tempat takdak tempat air bertakung, kompem jentik2 takdak. Bila jentik2 takdak, nyamuk pun xdak lahhh.

So skang ni KKM ada perkenalkan strategy 4S untuk pencegahan demam denggi
1. Search n destroy
2. self protection
3. Seek early treatment
4. Say no to indiscriminate fogging

Hahh x paham xpa. Boleh tgk gambar2 kat bawah tu. Aku pun baru tau ada jentik2 dalam pili bomba tu 😰. Cepat bersihkan kawasan rumah korang. Rumah sape yg ada jentik2 , kena DENDA.

P/s baru lepas bagi talk denggi pagi td kekeke. Terkejot aku masih ada penduduk ayer tawar sendiri taktau yg tempat dorang tgh wabak denggi😨. Kalau lah dorang tau dah ada patient yg mati baru2 ni 😭

Sumber : FB Dr. Suzana Binti Budarto








Comments

Popular posts from this blog