Selamat Datang Ke Laman Blog Kelab Sukan Dan Rekreasi PKD Manjung.

INFO SEMASA

  • Perhimpunan Pagi Bulanan pada setiap hari Jumaat minggu pertama dalam bulan berkenaan - Pembantu Tadbir Pengurusan
  • Ceramah Agama pada setiap hari Jumaat minggu pertama dalam bulan berkenaan - di Dewan Sutra Permai (AJK BAKIS).
  • Cadangan Membina Surau BAKIS Fasa 2 - Buka 200 Lot Sahaja setiap satu berharga RM50, Jika Berminat Boleh Hubungi AJK BAKIS Di Pejabat Kesihatan Daerah Manjung (05-6913355)

Pengenalan

PROGRAM KELAB SUKAN DAN REKREASI PEJABAT KESIHATAN DAERAH MANJUNG SEPANJANG TAHUN
  • Hari Keluarga 
  • Malam Mesra 
  • Aktiviti Sukan Luaran 
  • Aktiviti Sukan Dalaman 
  • Aktiviti Kecergasan 
PERATURAN KELAB SUKAN DAN REKREASI PEJABAT KESIHATAN DAERAH MANJUNG

Peraturan 1

1.1 - Nama dan Alamat Berdaftar dan Tempat Urusan

1.2 - Kelab ini dikenali sebagai Kelab Sukan dan Rekreasi Pejabat Kesihatan Daerah Manjung Tempat urusan kelab ini ialah di Pejabat Kesihatan Daerah Manjung Jalan Dato Ahmad Yunus 32000 Sitiawan Perak.

Peraturan 2


Logo

2.1 - Logo Kelab Sukan dan Rekreasi Pejabat Kesihatan Daerah Manjung melambangkan ciri-ciri seperti di bawah ini :-

2.2 - Bulan Sabit membawa maksud yang jelas bahawa Kelab ini bernaung di bawan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Manjung Negeri Perak dan lambang Tongkat, Sayap dan ular membuktikan rasa cinta dan kasih ahli-ahli Kelab kepada keutamaan kesihatan dalam hidup.

2.3 - 2 bulatan membawa maksud Sukan dan Rekreasi yang merupakan peranan utama Kelab dalam mempereratkan perpaduan dan kerjasama ahli-ahli kelab

2.4 - Perkataan Kelab Sukan dan Rekreasi Pejabat Kesihatan Daerah Manjung mengelilingi logo.
Warna-warna yang digunakan dalam logo ialah warna merah melambangkan keberanian, warna kuning, hitam dan putih melambangkan warna bendera Negeri Perak.

Peraturan 3

3.1 - Tujuan-tujuan Kelab
3.2 - Memajukan pergerakkan-pergerakan sukan, rekreasi, kebajikan, agama, siasah dan sosial / kebudayaan ahli-ahlinya
3.3 - Menanamkan semangat perasaan muhibbah dan harmoni di antara ahli-ahli Untuk menambah dan menguruskan tabung kewangan kelab ini bagi melaksanakan tujuan-tujuan di atas.

Peraturan 4

4.1 - Penasihat / Penaung

Penasihat dan Penaung Kelab ini adalah Pegawai Kesihatan Daerah Manjung, Negeri Perak, Menjadi Pengerusi sementara semasa Mesyuarat Agong untuk melantik Ahli Jawatankuasa Induk yang baru, Boleh membuat keputusan bila diperlukan.

Peraturan 5

5.1 - Keahlian
5.2 - Semua lapisan pegawai di Pejabat Kesihatan Daerah Manjung ( tetap, kontrak, & sambilan ) adalah ahli Kelab Sukan dan Rekreasi Pejabat Kesihatan Daerah Manjung
5.3 - Kakitangan Pergigian yang berminat adalah dianggap sebagai Ahli Kelab jika mendaftar sebagai keahlian Kelab Sukan dan Rekreasi Pejabat Kesihatan Daerah Manjung.
5.4 - Setiap ahli kelab dikenakan yuran keahlian seperti Peraturan 6.
5.5 - Ahli Kelab dari Pergigian juga tertakluk kepada Peraturan 6.

Peraturan 6

6.1 - Yuran Keahlian
6.2 - Bayaran yuran keahlian adalah seperti berikut:

- Memperbaharui Keahlian - RM 10
- Ahli Baru - RM 12

6.3 - Bayaran yuran keahlian adalah secara tunai setiap tahun dan hendaklah dibayar pada bulan Febuari setiap tahun. Sebarang perubahan berkenaan dengan kadar yuran ahli-ahlli hendaklah ditetapkan di Mesyuarat Agong.

Peraturan 7

7.1 - Pemberhentian dan Pemecatan Ahli
7.2 - Seorang Ahli berhenti menjadi ahli kelab ini atas sebab-sebab berikut :
7.3 - Meninggal Dunia
7.4 - Tidak Siuman
7.5 - Meletakan / melepaskan jawatan di jabatan ini
7.6 - Bertukar ke pejabat lain
7.7 - Bercuti belajar di dalam / di luar negeri
7.8 - Dibuang kerja
7.9 - Tidak membayar yuran 1 tahun (hendaklah membayar RM12 jika ingin menjadi ahli semula pada tahun berikutnya)

Peraturan 8

8.1 - Mesyuarat Agong

Mesyuarat Agong dua tahun sekali hendaklah diadakan selewat-lewatnya pada bulan Mac. Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berikut :-
  • 8.1.1 - Mengesahkan Minit Mesyuarat Agong dua tahun sekali yang lalu dan sebarang Minit-minit Mesyuarat Agong Luar Biasa.
  • 8.1.2 - Meluluskan Laporan Tahunan Kelab dan Penyata Kira-kira tahunan yang telah diaudit.
  • 8.1.3 - Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa bagi sesi yang baru.
  • 8.1.4 - Melantik dua orang Juru Audit Kehormat
  • 8.1.5 - Membincangkan perkara-perkara lain yang telah dikemukakan dengan bersurat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat tersebut kepada Setiausaha Kehormat.
8.2 - Pengumuman Mesyuarat Agong dua tahun sekali bersama dengan laporan tahunan kelab, penyata kira-kira yang telah diauditkan dan agenda mesyuarat hendaklah dikirimkan kepada tiap-tiap ahli kelab sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat tersebut. Pengumuman ini juga hendaklah ditunjukkan dengan jelas kelihatan di tempat urusan kelab ini.

8.3 - Koram bagi Mesyuarat Agong dua tahun sekali ini ialah setengah daripada ahli-ahli yang didaftarkan atau 30 orang ahli-ahli yang hadir mengikut mana yang kurang.

8.4 - Segala usul, cadangan dan sebagainya hendaklah ditetapkan dengan cara undi. Jika sekiranya undi itu sama banyak maka Presiden hendaklah menggunakan hak undi pemutus.

Peraturan 9

Mesyuarat Agong Luar Biasa

9.1 - Mesyuarat Agong Khas selain daripada Mesyuarat Agong dua tahun sekali hendaklah dinamakan Mesyuarat Agong Luar Biasa.

9.2 - Mesyuarat Agong luar Biasa boleh dipanggil oleh Jawatankuasa apabila dianggap perlu atau atas permintaan daripada 1/3 jumlah Ahli-ahli Kelab yang menandatangani satu surat untuk mengadakan mesyuarat tersebut. Surat ini hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Kehormat Kelab dengan menyatakan sebab-sebab hendak mengadakan mesyurat agong luar biasa. Adalah menjadi tanggungjawab kelab ini untuk mengadakan mesyuarat ini tidak lewat daripada 3 minggu daripada tarikh diterima surat ini.

9.3 - Perkara yang akan dibincangkan di Mesyuarat Agong Luar Biasa ini akan hanya terhad kepada perkara-perkara yang tercatat di dalam notis yang diedarkan.

9.4 - Notis dan koram bagi mangadakan Mesyuarat Agong Luar Biasa adalah sama seperti Mesyuarat Agong Dua Tahun Sekali.

Peraturan 10

Jawatankuasa Kelab

10.1 - Urusan-urusan kelab ini hendaklah dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik dalam Mesyuarat Agong Dua Tahun sekali secara undian yang terdiri daripada :

1. Pengerusi / Presiden
2. Timbalan Pengerusi / Presiden
3. Setiausaha Kehormat
4. Timbalan Setiausaha Kehormat
5. Bendahari Kehormat
6. Timbalan Bendahari Kehormat
7. Wakil setiap klinik kesihatan / unit - Ahli Exco / AJK Induk
8. Pengerusi / Presiden berhak melantik Ahli Exco / AJK Induk Tambahan dan pengganti kepada mana-mana Ahli Exco / AJK Induk yang berhenti menjadi ahli kelab. Bagi jawatan Pengerusi / Presiden, Timbalan Pengerusi / Presiden, Setiausaha Kehormat, Timbalan Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahari Kehormat, seorang ahli tidak boleh memegang jawatan tersebut melebihi dua penggal / tahun berturut-turut.

10.2 - Semua Ahli-ahli Jawatankuasa dan Pegawai yang menjalankan tugas-tugas dan urusan-urusan kelab ini hendaklah terdiri daripada ahli-ahli kelab ini dan mesti warganegara Malaysia.

10.3 - Ahli-ahli Jawatankuasa yang tidak hadir Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut dengan tidak memberikan sebab-sebabnya adalah dengan sendirinya terlucut dari jawatanya dan Jawatankuasa berkuasa mengisi sebarang jawatan yang dikosongkan itu.

10.4 - Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun dan Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar notis mesyuarat.

10.5 - Mesyurat Jawatankuasa Khas boleh dipanggil oleh Setiusaha Kehormat apabila perlu atau apabila ia dipinta oleh 5 orang Ahli Jawatankuasa dengan memberi notis tiga (3) hari terlebih dahulu.

10.6 - Kehadiran 6 orang Ahli Jawatankuasa merupakan koram dan sekiranya Presiden tidak hadir maka hendaklah Timbalan Presiden hendaklah mempengerusikan mesyuarat.

10.7 - Hanya Jawatankuasa sahaja yang berkuasa meluluskan perbelanjaan daripada tabung wang kelab ini tertakluk kepada Peraturan 13.

10.8 - Jawatankuasa berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil apabila perlu.

10.9 - Keputusan Jawatankuasa hendaklah dibuat secara persetujuan ramai. Sekiranya diperlukan keputusan bolehlah juga dibuat secara sulit. Di dalam keadaan undi sama banyak Presiden mempunyai undi pemutus.

10.10 - Hanya Jawatankuasa sahaja yang berkuasa memberi tafsiran peraturan-peraturan kelab ini dan sebarang ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa adalah muktamad dan semua ahli-ahli kelab hendaklah mematuhi kecuali dirombak oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agong.

Peraturan 11

Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa

11.1 - Pengerusi / Presiden

1. Mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa, Mesyuarat Agong Luar Biasa.
2. Bertanggungjawab di atas segala hal ehwal berkaitan dengan kelab
3. Menandatangani semua cek-cek dan urusan keluar / masuk wang dari akuan bank bagi kelab ini bersama Bendahari Kehormat / Setiausaha Kehormat.

11.2 - Timbalan Pengerusi / Presiden

1. Menjalankan tugas-tugas Pengerusi / Presiden sewaktu ketiadaan Pengerusi Presiden.
2. Bertanggungjawab membantu Pengerusi / Presiden di atas segala hal ehwal berkaitan kelab
3. Menandatangani cek-cek dan urusan keluar/masuk wang dari akaun bank bagi kelab ini atas arahan Pengerusi / Presiden.

11.3 - Setiausaha Kehormat & Timbalan Setiausaha Kehormat.

1. Menghadiri semua Mesyuarat Kelab ini
2. Menyimpan satu buku daftar ahli-ahli
3. Menyimpan buku peringatan yang betul mengenai sebarang butir-butir mesyuarat agong dan mesyuarat jawatankuasa kelab
4. Menjalankan semua kerja-kerja surat menyurat bagi pihak kelab.
5. Menandatangani cek-cek dan urusan keluar/masuk wang dari akaun bank bagi kelab ini atas arahan Pengerusi / Presiden.

11.4 - Bendahari Kehormat & Timbalan Bendahari Kehormat.

1. Megumpul, merekod dan mengemaskini yuran bulanan
2. Mengeluarkan resit-resit rasmi bagi sebarang bayaran yang diterima dan mengeluarkan wang bagi pihak kelab.
3. Menyediakan penyata bulanan berhubung dengan semua wang penerimaan dan perbelanjaan dengan terang untuk dibawa ke setiap mesyuarat jawatankuasa.
4. Menjaga satu kira-kira wang yang disimpan di dalam bank atas nama kelab dan segala urusan keluar / masuk wang hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Kehormat bersama dengan Presiden.
5. Menandatangani semua cek-cek bagi pihak kelab bersama dengan Presiden Kelab / Timbalan Presiden / Setiausaha Kehormat.

11.5 - Ahli Exco

1. Mengutip yuran bulanan dan mengeluarkan resit-resit rasmi bagi sebarang bayaran yang diterima, membantu Jawatankuasa yang dilantik menjalankan semua tugas-tugas dan urusan kelab

Peraturan 12

Juruaudit Kehormat

12.1 - Dua (2) orang Juruaudit hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dua tahun sekali. Sekiranya mana-mana Juruaudit berhenti menjadi ahli kelab ini, maka jawatankuasa kelab ini hendaklah dilantik penggantinya dengan secepat mungkin.

12.2 - Buku–buku kira-kira dan lain-lain dokumen berkaitan dengan kewangan hendaklah diaudit dan disahkan.

Peraturan 13

13.1 - Kewangan

13.2 - Kelab ini boleh berusaha untuk mendapatkan wang bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kelab. Semua wang kelab hendaklah disimpan di bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa dan Bendahari Kehormat berkuasa menyimpan dalam tangannya tidak melebihi sebanyak RM500.00 – untuk belanja runcit (pettycash)

13.3 - Tahun kewangan bermula dari 1hb. Januari hingga 31hb. Disember.

13.4 - Semua perbelanjaan yang melebihi RM5,000.00 hendaklah dimaklumkan kepada ahli-ahli

13.5 - Semua perbelanjaan yang melebihi RM50,000.00 hendaklah dirujuk dan dimaklumkan kepada ahli-ahli untuk mendapatkan persetujuan majoriti.

Peraturan 14

14.1 - Tegahan

14.2 - Kelab ini tidak boleh digunakan untuk keperluan yang menyalahi Undang-undang Kerajaan.

14.3 - Kelab ini tidak boleh mencampuri dalam hal yang bersangkut paut dengan kegiatan siasah. Kelab ini tidak boleh mengeluarkan apa-apa faedah seperti mana yang ditakrifkan dalam Sek.2 Akta Pertubuhan 1966 kepada ahli-ahli atau tanggungan-tanggungan mereka.

Peraturan 15

15.1 - Pindaan Peraturan Kelab
- Peraturan kelab ini tidak boleh dipinda melainkan dalam Mesyuarat Agong Dua Tahun Sekali atau Mesyuarat Agong Luar Biasa. Segala pindaan ini tidak akan berjalan kuat kuasanya sebelum mendapat kelulusan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Pindaan–pindaan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agong hendaklah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari dari tarikh Mesyuarat Agong tersebut

Peraturan 16

16.1 - Pembubaran

16.2 -  Kelab ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan tidak kurang dari 2 / 3 daripada ahli-ahli kelab ini dengan ikrar sendiri dalam Mesyuarat Agong kerana tujuan ini.

16.3 - Sekiranya kelab ini dibubarkan mengikut cara tersebut diatas segala hutang piutang yang sah mengikut undang-undang hendaklah diselesaikan dan baki wangnya dibahagikan sama rata kepada ahli-ahlinya atau didermakan kepada Badan-badan Kebajikan.

16.4 - Kenyataan pembubaran kelab ini hendaklah disampaikan kepada pihak Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari daripada tarikh kelab ini dibubarkan.

Popular posts from this blog

Program Mendaki Bukit Batu Putih Gopeng 2018