Selamat Datang Ke Laman Blog Kelab Sukan Dan Rekreasi PKD Manjung.

INFO SEMASA

  • Perhimpunan Pagi Bulanan pada setiap hari Jumaat minggu pertama dalam bulan berkenaan - Pembantu Tadbir Pengurusan
  • Ceramah Agama pada setiap hari Jumaat minggu pertama dalam bulan berkenaan - di Dewan Sutra Permai (AJK BAKIS).
  • Cadangan Membina Surau BAKIS Fasa 2 - Buka 200 Lot Sahaja setiap satu berharga RM50, Jika Berminat Boleh Hubungi AJK BAKIS Di Pejabat Kesihatan Daerah Manjung (05-6913355)

Perutusan

Perutusan Penaung


Kemajuan era teknologi maklumat telah memberikan banyak sumbangan kepada pelbagai sektor khususnya dalam bidang teknologi. Kesedaran terhadap sains dan teknologi telah mendorong agensi sector awam untuk meningkatkan produktiviti menerusi teknologi dalam memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan.

Kelab Sukan Dan rekreasi PKD Manjung turut bersama-sama dalam menyebarkan maklumat yang penting selari dengan perkhidmatan yang ditawarkan organisasi ini. Oleh itu, blog ini telah dibangunkan sebagai medan penyebaran maklumat yang berkesan kepada orang ramai untuk mengikuti aktiviti atau program yang dijalankan, peranan dan tanggungjawab Kelab Sukan Dan Rekreasi serta menyampaikan segala maklumat yang berkualiti kepada setiap pengunjung. Selain itu, organisasi ini berharap blog ini juga menjadi salah satu medium terbaik kepada semua pihak dalam memberikan sebarang pandangan, pertanyaan atau maklumbalas bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di organisasi ini.

DR.ASRAF AHMAD BIN QAMRUDDIN
Pegawai Kesihatan Daerah Manjung

-- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- --

Perutusan Pengerusi




Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera

Pertamanya saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Kelab Sukan dan Rekreasi PKD Manjung yang menyediakan saluran informasi teknologi yang cekap dan berkesan untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh kelab. Kaedah ini adalah berkesan untuk menarik minat anggota PKD Manjung bagi menyertai aktiviti - aktiviti tersebut.

Kelab Sukan dan Rekreasi PKD Manjung adalah merangkumi pelbagai aspek iaitu sukan, rekreasi, kebajikan, sahsiah dan sosial. Oleh itu program/aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan adalah bersesuaian dengan situasi semasa. Tujuan setiap program dan aktiviti adalah agar dapat melahirkan warga PKD yang sihat, Kuat dan ceria serta dapat mengeratkan ikatan silaturrahim di mana semua warga PKD dapat berinteraksi secara positif. Diharapkan setiap warga PKD Manjung dari berbagai tingkatan pangkat (gred) memberi cadangan-cadangan yang terbaik untuk dikongsi bersama.

Akhir kata saya menyeru kepada semua warga PKD Manjung untuk menyertai Kelab Sukan dan Rekreasi PKD Manjung agar objektif kelab tercapai dan dapat memberi manfaat kepada semua.

Dr. Syed Mohamad Zahid Bin Syed Koris
Pegawai Perubatan

Popular posts from this blog

Program Mendaki Bukit Batu Putih Gopeng 2018